TWINKLE-TWINKLE BIG STAR

Jan 13, 2011

/ Salam sejahtera,
 
Puan,
 
Dengan hormatnya pihak kami merujuk kepada e-mel puan di bawah.
 
Untuk makluman, pihak kami telah memajukan perkara ini kepada jabatan yang berkenaan untuk perhatian pihak mereka.
 
Pihak puan akan dimaklumkan status terkini berhubung perkara ini dalam tempoh 14 hari bekerja.
 
Segala maklum balas dan sokongan puan amat kami hargai bagi memperbaiki mutu perkhidmatan kami pada masa hadapan.
 
Terima kasih.
 
 
ﻢﻼﺴﻠﺍﻮ
 
Siti Fatimah Diyana binti Abd Rahanuddin
Customer Service Centre (CSC)
Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K)
Tingkat 26, Dataran Kewangan Darul Takaful
No 4. Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Malaysia
Tel: +603 2268 1984  |  1-300-8-TAKAFUL ( 8252385 ) | Fax +603 2274 0237
cid:image001.jpg@01CB63E2.47D0DC20cid:image002.jpg@01CB63E2.47D0DC20
 
"To be the Preferred Choice for Insurance"
 
From: syuyu [mailto:syuhada_alang@yahoo.com]
Sent: Thursday, January 13, 2011 12:04 PM
To: Customer Service Unit
Subject: RE: permohonan untuk meminta data statistik takaful
Assalamualaikum/ salam sejahtera,
 
Puan, 

Dengan segala hormatnya, saya ingin merujuk berkenaan permintaan data tempohari.

      Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, saya ada mengusulkan permohonan saya untuk mendapatkan data dari pihak puan. Saya ingin menukarkan permohonan saya di mana data permintaan bagi Takaful Malaysia di seluruh Malaysia (bilangan pelanggan) dan kadar faedah islamik yang diguna pakai oleh pihak Takaful Malaysia hanya dari tahun 1995-2009. Bukan dari tahun 1985 seperti yang sebelumnya bagi memudahkan urusan pihak puan.
 
      Jika pihak puan tidak dapat memberikan data bagi seluruh Malaysia, cukuplah sekadar dengan memberikan data dari negeri-negeri tertentu sahaja yang dapat memudahkan pihak puan. Jika pihak puan tidak dapat memberikan data seperti yang telah saya nyatakan tadi, saya memohon agar pihak puan memaklumkan kepada saya dengan lebih awal supaya saya dapat bersedia dengan segala kemungkinan dengan mencari sumber-sumber tersebut melalui borang kaji selidik yang mungkin saya jalankan keatas pelanggan Takaful Malaysia.
 
       Sekali Lagi saya ingin memohon maaf kerana telah menyulitkan pihak puan.Kejayaan bagi menyiapkan kertas projek ini amat bergantung kepada data dari pihak puan.
 
          Untuk makluman pihak puan juga, tempoh penghantaran kertas projek saya telah hampir tamat. Oleh itu segala makluman dan maklum balas dari pihak puan amat saya hargai dalam menyiapkan kertas projek tahun akhir saya ini.

terima kasih

Yang benar,
Nurul Syuhada Ismail
Sarjana Muda Ekonomi Sumber Alam
Universiti Malaysia Terengganu
 

IMPORTANT NOTICE:
The information in this email (and any attachments) is confidential. If you are not the intended recipient, you must not use or disseminate the information. If you have received this email in error, please immediately notify me by "Reply" command and permanently delete the original and any copies or printouts thereof. This email and any attachments are believed to be free from any virus or defects. Syarikat Takaful Malaysia Berhad or its subsidiaries or affiliates shall not be liable jointly or severally for any loss or damage arising in any way from its use by the recipient.



NI E-MAIL YG AKU DAPAT SETELAH  HAMPIR DUA BULAN MENUNGGU!!!
AGAK AKU XRESPECT LA CARA DOWANG BUAT KEJE. KREDIT AKU DAH RM 30 HABIS SEBAB COLL COMPANY DIOWANG..ARRRRGGGGHHH!! KALAU XDAPAT BAGI DATA, CAKAP JE LA AWAL2..MEMANG BENGANG LA AKU SKG..DUE DATE UTK AKU ANTA PITA PON DAH DEKAT..TENSIONN SGT2!

No comments:

Post a Comment